Search

22 June 2011

PUAN SARINA UNI





********************
Nama saya Sarina Binti Uni. Saya berumur 37 tahun. Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu kepada tiga orang anak iaitu Syarfa Binti Salhi, 8 tahun, Syaffiqa Binti Salhi, 6 tahun, dan Syaif Ilmani Bin Salhi, 5 tahun. Kami tinggal di Taman Merdang Fasa 3, Kota Samarahan, Sarawak. Sepanjang perkahwinan kami, saya hanya duduk di rumah. Walaupun begitu, saya mengambil upah menjahit baju terutama baju kurung dan baju Melayu lelaki sahaja.Pendapatan tidak menentu, tapi dapat membantu meringan beban tanggungjawab suami.

Selepas berjumpa dengan seorang kenalan, semua berubah. Beliau telah memperkenalkan Pusat EPAL Kuching. Saya menghadiri diri ke Pusat EPAL untuk meninjau dan melihat sendiri peluang yang ditawarkan serta kemahiran yang diajar di Pusat EPAL. Dari situ saya tertarik dengan kemahiran-kemahiran jahitan yang diperkenalkan terutama sulaman. Pelbagai kemahiran yang diajar seperti menjahit telekung, tudung, bekas tisu dan banyak lagi yang menarik. Atas sokongan suami, saya membeli mesin sulam EPAL.

Dengan memiliki mesin tersebut, saya mampu menjana pendapatan sendiri dan menjaga anak-anak walaupun hanya berada di rumah. Saya telah diperkenalkan kepada Program Home Base Business (PHBB) oleh tenaga pengajar di Pusat EPAL.  Kini saya memberi tumpuan kepada jahitan sulaman baju kurung dan membuat sulaman logo dan tag nama.

Atas sokongan dan tunjuk ajar pusat Epal, kini saya lebih yakin untuk meneruskan kerjaya dalam bidang jahitan. Selain itu, Pusat EPAL turut memberi peluang perniagaan kepada saya utuk saya melangkah lebih jauh dalam kerjaya jahitan. Di samping itu sokongan daripada rakan-rakan di Pusat EPAL turut memberi motivasi dan perkongsian ilmu antara rakan-rakan pusat EPAL menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Kepuasan melihat hasil jahitan yang kemas dan keberhasilan kemahiran menjadikan saya teruja dengan kerjaya ini.

Lantaran itu saya tidak menoleh kebelakang lagi, kerana saya berpendapat bidang ini mampu menjanjikan pulangan yang menguntungkan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Atas dasar itu di Pusat Epal saya turut didedahkan kepada strategi pemasaran yang selama ini saya kurang mendapat pendedahan cara memasarkan produk jahitan. 

Terima kasih kepada Pusat EPAL .

No comments:

Post a Comment

THE MOMENT @ EPAL

Sebarang pertanyaan sila email ..

Name:
Email Address:
MAKLUM BALAS DAN PERTANYAAN

Create a web form here

MEMBER EPAL