Search

02 October 2011

September Top Student

 
Nama : NORJATI BINTI EMPI
Umur : 42
Category : Langsung Tidak Pandai Menjahit.

Beberapa tahun yang lalu,kakak saya ada membeli mebuah mesin jahit Epal tapi malangnya kami tak pandai bagaimana mahu menggunakannya jadi kami simpan sahaja dalam stor.
3 Tahun kemudian, datang seorang jurujual dari rumah ke rumah lantas ibu saya membeli mesin tersebut. Walaupun jurujual tersebut ada mengajar cara-cara bagaimana mengunakan mesin ini tapi kami masih lagi belum faham. Dalam pakej itu kami diperkenalkan bahawa ada kelas iaitu Pusat Latihan Kraftangan Epal di Pusat Bandaraya Kuching.

Pusat Latihan Epal banyak membantu saya. Ibu saya mahu saya berkursus selama setahun dari Epal dari itu saya telah menjadi dari Zero hingga menjadi Hero. Banyak projekyang saya sudah pelajari dengan pelbagai teknik. Alhamdulillah sekarang saya sudah mahir menggunakan mesin tersebut. Terima kasih pada cikgu-cikgu di Epal kerana sabar mengajar saya yang tak reti langsung menjahit. Banyak teknik yang saya belajar dari Pusat Epal dan yang paling saya suka ialah sulaman bunga. Sulaman saya pada mulanya tidak cantik,tapi saya tidak putus asa dan teruskan semangat saya atas dorongan daripada Pusat Epal dan sekarang saya sudah mahir menggunakan sulam tangan dengan mudah dengan tidak sampai 3 bulan.

Disebabkan tempahan sudah mula ada,saya pula diperkenalkan lagi mesin sulam Komputer SMC350e dengan pakej HBB melalui pinjaman TEKUN.Hati saya berkata,”mesin ini lagi bagus sebab boleh buat duit dengan cepat”.Oleh itu saya ambil peluang. Alhamdulillah,sekarang saya sudah memperolehnya dan sedang belajar projek HBB di Pusat Epal dan lagi banyak teknik melaui sulaman yang saya perolehi. Melalui mesin ini,saya sudah mula memperolehi pendapatan sendiri dan dapat membantu keluarga.

Selain mesin sulam, Hot Wire Cuter juga sangat penting sebab saya juga diberi pendedahan bagaimana memasang pemotong sulam tersebut dan ianya mudah digunakan dan kemas apabila digunakan untuk memuaskan hati pelanggan.
Oleh itu,Kepada VIP Epal ang belum memeliki pakej ini,sila datang ke Pusat Epal untuk menempahnya.”Pasti anda teruja memilikinya.”.
Sekian.

THE MOMENT @ EPAL

Sebarang pertanyaan sila email ..

Name:
Email Address:
MAKLUM BALAS DAN PERTANYAAN

Create a web form here

MEMBER EPAL