Search

TESTIMONI PELAJAR KAMI




Temah @ Khadijah Binti Hj Hassan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya hormati.

Nama saya puan Temah @ Khadijah Binti Hj Hassan atau lebih mesra dipanggil Hj Jijah berumur 70 tahun dan mempunyai 6 orang cahaya mata,
Saya mula mengenali produk Epal  dan telah menjadi VIP Epal pada 2009  ketika didatangi oleh jurujual yang datang di rumah untuk mempromosikan produk ini. Pihak jurujual tersebut telah membuat demonstrasi tentang kelebihan mesin jahit yang mempunyai pelbagai fungsi contohnya jahitan sulam tampal dan cantuman dan jahitan sulaman.

Untuk pengetahuan semua,saya sudah menceburi  dalam bidang jahitan ini semejak di alam persekolahan lagi dan sememangnya bidang ini amat saya minati. Sejajar dengan kecangihan mesin ini,walaupun saya sudah berusia tetapi syaa tidak mempunyai masalah untuk mengendalikan mesin yang beroperasi sepenuhnya menggunakan IT yang canggih. Saya sudahpun memiliki sebuah mesin sulam berkomputer MC300e.Berkat dan ketekunan dan minat yang mendalam, ia banyak membantu saya untuk menghasilkan kerja  jahitan yang cantik dan berkualiti. Sepanjang pembelajaran saya dalam mengendalikan mesin MC300e ini,para pekerja Epal banyak membantu dan memberi kerjasama yang amat baik. Saya sentiasa memastikan agar tidak terlepas sesi latihan di Pusat Epal ini yang diberikan secara percuma dan masa yang bebas yang memudahkan saya datang pada bila-bila masa sahaja selepas habis kerja luar yang saya lakukan. Pada masa ini saya sudah berkeyakinan dalam pengendalian mesin ini dan tidak ragu-ragu untuk menerima tempahan jahitan sulaman daripada rakan-rakan dan keluarga terdekat. 

Sememangnya ia merupakan pelaburan yang bijak dan boleh membawa pulangan modal walaupun harga mesin ini mahal bak kata pepatah
‘ Alah membeli,menang memakai’.

Nasihat saya kepada para suri rumahtangga, khususnya yang ada membuka kedai jahitan ataupun di rumah,saya sarankan anda membeli mesin ini untuk penggunaan jangka masa yang panjang dan sememangnya ia membawa pulangan yang lumayan. Ahkir kata,sememangnya saya sangat berpuas hati dengan penggunaan mesin ini.

Sekian, terima kasih.
Yang benar.
Temah @ Khadijah Binti Hj Hassan..
*******************
DURIAH BINTI ISMAIL


Name : Duriah bt Ismail (550531-13-5438)
Hometown : Sibu Sarawak

Before I’m a  Nurse by profession and had just retire.
I’m interested in sewing and embroidery
I do embroidery  manually . I only  know  Epal  during  the launching of Hari  Wanita when Epal promote their product.

I was very interested, but at that time I was still working and no time ,to attend the class.

2010  I call the promoter and she come over to my house and explain to me about the Janome Embroidery  Machine.

Before I join Epal I like to do Patchwork and what I do was just join it together .And since I join the class a lot of proper  technique I had learn. I have gain a lot experience technique of sewing ,craft and work of machine and the foot M2049P also Technique of making bags, slippers, cutting of cloths and embroidery.

And at the moment I have received oder from friends to do slippers (Terompah) and embroidery. My Monthly income from the sales of slipper/embroidery about RM300/month.

Since attend the class ,I have introduce and invite 2 of my friends to joined the class.

And I also have basic idea of self servicing  sewing machine.
I would like to Thanks Epal for their service gain to me.

*******************
Puan Sarina Uni 
 

********************
Nama saya Sarina Binti Uni. Saya berumur 37 tahun. Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu kepada tiga orang anak iaitu Syarfa Binti Salhi, 8 tahun, Syaffiqa Binti Salhi, 6 tahun, dan Syaif Ilmani Bin Salhi, 5 tahun. Kami tinggal di Taman Merdang Fasa 3, Kota Samarahan, Sarawak. Sepanjang perkahwinan kami, saya hanya duduk di rumah. Walaupun begitu, saya mengambil upah menjahit baju terutama baju kurung dan baju Melayu lelaki sahaja.Pendapatan tidak menentu, tapi dapat membantu meringan beban tanggungjawab suami.

Selepas berjumpa dengan seorang kenalan, semua berubah. Beliau telah memperkenalkan Pusat EPAL Kuching. Saya menghadiri diri ke Pusat EPAL untuk meninjau dan melihat sendiri peluang yang ditawarkan serta kemahiran yang diajar di Pusat EPAL. Dari situ saya tertarik dengan kemahiran-kemahiran jahitan yang diperkenalkan terutama sulaman. Pelbagai kemahiran yang diajar seperti menjahit telekung, tudung, bekas tisu dan banyak lagi yang menarik. Atas sokongan suami, saya membeli mesin sulam EPAL.

Dengan memiliki mesin tersebut, saya mampu menjana pendapatan sendiri dan menjaga anak-anak walaupun hanya berada di rumah. Saya telah diperkenalkan kepada Program Home Base Business (PHBB) oleh tenaga pengajar di Pusat EPAL.  Kini saya memberi tumpuan kepada jahitan sulaman baju kurung dan membuat sulaman logo dan tag nama.

Atas sokongan dan tunjuk ajar pusat Epal, kini saya lebih yakin untuk meneruskan kerjaya dalam bidang jahitan. Selain itu, Pusat EPAL turut memberi peluang perniagaan kepada saya utuk saya melangkah lebih jauh dalam kerjaya jahitan. Di samping itu sokongan daripada rakan-rakan di Pusat EPAL turut memberi motivasi dan perkongsian ilmu antara rakan-rakan pusat EPAL menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Kepuasan melihat hasil jahitan yang kemas dan keberhasilan kemahiran menjadikan saya teruja dengan kerjaya ini.

Lantaran itu saya tidak menoleh kebelakang lagi, kerana saya berpendapat bidang ini mampu menjanjikan pulangan yang menguntungkan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Atas dasar itu di Pusat Epal saya turut didedahkan kepada strategi pemasaran yang selama ini saya kurang mendapat pendedahan cara memasarkan produk jahitan. 

Terima kasih kepada Pusat EPAL . 
******************
Puan Fatimah Marshal 
 
Saya mengenal   epal melalui adik ipar saya cik Masjuita Joll. Dia telah membeli mesin tersebut dan mendapati ia mudah untuk menyulam baju. Semenjak sekolah lagi saya sudah minat dengan baju yang disulam tetapi apakan daya saya belum ada masa untuk belajar menyulam. Apabila saya mendengar ada mesin computer yang boleh membuat sulaman saya terus membeli nya menggunakan kad kredit. Saya juga telah mendapat tempahan  bermusin saja iaitu sewaktu   raya. Masa biasa kurang tempahan yang saya dapat.  Selama setahun saya berulang alik kepusat epal untuk menyiapkan projek yang disediakan.
Di epal  jugalah saya telah bertemu dengan kawan karib sewaktu saya disekolah menengah rendah.Kami baru bertemu pada Jun tahun  2010. Nama memang masih ingat iaitu Duriah Bt Ismail  tetapi  rupa memang sudah jauh berubah. Terima kasih kepada epal  yang menemukan saya dengan kawan  yang telah lama tidak bertemu dan yang saya rindui. Ada ramai lagi kawan sekolah yang belum saya jumpa maklum saja saya jarang balik kampong iaitu Sibu. Saya juga berdoa semoga saya boleh berjumpa dengan kawan sewaktu di sekolah dahulu.

Nama: Fatimah Binti Marsal
Tarikh Lahir: 29.5.1956
Pekerjaan : (Guru -Jan 1978-Jun 2010)  Pesara
Bilangan Anak : 10 orang ( 1 meninggal selepas lahir)

No comments:

Post a Comment

THE MOMENT @ EPAL

Sebarang pertanyaan sila email ..

Name:
Email Address:
MAKLUM BALAS DAN PERTANYAAN

Create a web form here

MEMBER EPAL