Saya mengenal epal melalui adik ipar saya cik Masjuita Joll. Dia telah membeli mesin tersebut dan mendapati ia mudah untuk menyulam baju. Semenjak sekolah lagi saya sudah minat dengan baju yang disulam tetapi apakan daya saya belum ada masa untuk belajar menyulam. Apabila saya mendengar ada mesin computer yang boleh membuat sulaman saya terus membeli nya menggunakan kad kredit. Saya juga telah mendapat tempahan bermusin saja iaitu sewaktu raya. Masa biasa kurang tempahan yang saya dapat. Selama setahun saya berulang alik kepusat epal untuk menyiapkan projek yang disediakan.
Di epal jugalah saya telah bertemu dengan kawan karib sewaktu saya disekolah menengah rendah.Kami baru bertemu pada Jun tahun 2010. Nama memang masih ingat iaitu Duriah Bt Ismail tetapi rupa memang sudah jauh berubah. Terima kasih kepada epal yang menemukan saya dengan kawan yang telah lama tidak bertemu dan yang saya rindui. Ada ramai lagi kawan sekolah yang belum saya jumpa maklum saja saya jarang balik kampong iaitu Sibu. Saya juga berdoa semoga saya boleh berjumpa dengan kawan sewaktu di sekolah dahulu.
Nama: Fatimah Binti Marsal
Tarikh Lahir: 29.5.1956
Pekerjaan : (Guru -Jan 1978-Jun 2010) Pesara
Bilangan Anak : 10 orang ( 1 meninggal selepas lahir)
No comments:
Post a Comment